Kelas Asas Microsoft Power Point

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Power Point diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas Microsoft power point iaitu pengenalan untuk membuat slide bagi sesuatu persembahan dimana slide tersebut dapat ditampilkan melalui animasi yang dapat menjadikan persembahan menjadi lebih menarik. Peserta yang menyertai kelas ini adalah seramai lima orang sahaja iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan iaitu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial Di dalam kelas ini,pelajar juga diajar bagaimana untuk membuat penambahan slide dan cara memasukkan gambar kedalam slide.Diakhir kelas, pelajar diuji dengan membuat persembahan slide show di hadapan peserta lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas